KUCHING: Projek pembinaan jejambat di Batu 6 dan Batu 7 di Jalan Penrissen, di sini, dijangka siap pada Jun tahun ini.
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak yang juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, dengan pembinaan jejambat di Batu 10, jalan terbabit pula dijangka siap awal Mei ini manakala jejambat Batu 4 di jalan yang sama sudahpun siap.
Katanya, empat projek jejambat itu bernilai RM352,966 dibiayai oleh kerajaan negeri.
“Saya gembira kerana ketiga-tiga projek itu hampir siap dan saya menzahirkan terima kasih kepada kontraktor kerana menyiapkan projek seperti yang dijadual," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di sini.
Sebelum itu, beliau bersama-sama timbalan menterinya Aidel Lariwoo melawat Jejambat Batu 6, Jalan Penrissen berhampiran Kuching Sentral, di sini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang dan ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap.
Uggah berkata, kementerian itu mempunyai banyak projek di negeri ini untuk dilaksanakan.
Sementara itu, Uggah berkata cadangan telah dibuat untuk membina laluan bawah tanah di Bulatan Matang bagi melancarkan aliran trafik di kawasan itu.
Sumber dari : Jiwa Bakti